Monday, October 5, 2015

Permulaan Kepada Sesuatu

       Salam untuk semua. Setiap perkara di dunia ini pasti ada detik permulaannya, walaupun sudah hampir setahun saya memulakan projek tanaman cendawan tiram ini, namun ia masih lagi boleh dianggap baru dalam bidang ini. Setakat ini penghasilan cendawan hanya mampu menampung sebahagian kecil permintaan sahaja.Proses penghasilan bongkah sedang giat dilakukan bagi menambah kuntiti bongkah yang sedia ada.

      Bermula secara kecil-kecilan dan mengedar juga secara kecil-kecilan. Harapan saya ialah agar projek cendawan ini akan terus mekar dan mampu menampung permintaan yang semakin tinggi pada masa ini.

                      

 
        Semoga dalam masa beberapa tahun yang akan datang Projek Cendawan yang saya usahakan ini mampu bersaing dan mengeluarkan cendawan bagi menampung permintaan di Samarahan dan juga Kuching.